Thursday, July 30, 2009

It is just a memory... sweet, sour n salty... macam gula-gula NANO-NANO

Bila aku tengok gambar2 kengkawan pegi Pangsun hari tu... ia mengimbas kembali citer zaman kegemilangan aku... alah.. zaman kegemilangan tu zaman tok kawin lagi la... itu jer maksudnya...

Act.. aku bercadang nak mula dari darjah satu.. tapi, tah la ek.. aku tak sure.. boleh habis ke tidak.. dan lagi takut tak sempat jer. Aku nak citer pasal semua lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku... untuk ape ek?? Tah saja.. nak citer... biar citer tu terpahat di atas kertas "maya" ini.. so, boleh la hilang dari kotak fikiran aku... Betul ke tu?? tak kesah lah.. yang penting.. ini cerita aku... TAPI, ada satu perkara yang mengganggu fikiran aku jugak... sebab.. seingat aku.. aku penah bercerita mengenainya... cuma tak pasti kat mana aku letak...

so, pd yang sudi membaca.. terima kasih diucapkan.. kalau nak komen.. membina.. membunuh pun aku tak kesah.. sebab segalanya telah aku luahkan telah aku semadikan di atas "kertas maya" ini...

Citer 1

aku rasa aku start "pandai" suka pada seseorang masa umur 9 tahun.. darjah 3. Budak nih namanya MH... aku ingat nak letak nama penuh dia... tapi, tak manis pulak.. nanti tah isteri dia ker.. anak dia ke terbukak blog nih... tak pasal pulak kan.. tapi, aku tak bermaksud ape2 selain dari.. mengimbas citer2 kelakar penah terjadi dalam hidup aku.... ok.. berbalik pada citer MH.. dia ni anak sedara cikgu kat sekolah aku.. tah macam mana aku boleh ada rasa suka pun aku taktau... tapi, bila dia cakap dia suka dekat kawan aku "linda"... aku terus rasa cemburu... kelakar kan.. itu lah kali pertama... darjah 3...

kali ke 2,

bila ek??... aku rasa masa sekolah menengah la... kat sini banyak la sikit... form 3 dah terbekenan kat abang senior.. namanya SS.. orangnya sama "jengka" dengan hubby aku... suka sangat tengok muka dia... kelas dia dengan kelas aku lak.. bertentangan.. tiap kali ada kesempatan, aku mesti curi2 intai tengok SS dalam kelas.. dia tua setahun dari aku... 2 tahun gok lah aku "mengadmire" dia... muka ada iras2.. sape pulak dah.. lupa namanya... ala.. hah! azhar sulaiman ler... especially bila dia senyum... then, dia jadi ketua pengawas.. aku lak.. one of the AJK pengawas.. paling aku suka bila ada perjumpaan AJK pengawas... rasa segak semacam bila semua berblazer biru gelap... Act SS tu kulitnya tak le secerah azhar sulaiman tu.. sebab dia nih.. atlet sekolah.. dia la main bola.. dia la sprinter.. dia la hoki.. eh! semua dia sebat la... tingat satu peristiwa.. masa tu ada sukan sekolah .. aku nih PBSM.. kene jaga garisan.. masa tu abang SS lari.. pergh.. aku yang umah hijau leh sokong umah merah.. kerana mu abang SS... masa nak sampai kat garisan penamat tu.. rasa cam nak sambut jer dia.. hihihih.. walaupun keadaan berpeluh2 tapi,.. hensem seh.. masa tu.. lupa nak citer.. kawan aku ayu juga yang telah bukak rahsia dia bagitau kat abang SS, n abang SS suruh aku jumpa dia.. terus terang.. pergh... tak berani aku... n .. sampai aku dah ke ITM pun.. tiap kali jumpa.. abang SS tetap baik n layan aku macam biasa... aku tak berani sampai kesudah... bila aku nak outing dari ITM, dada rasa berdebar2.. aku mesti nak terserempak dengan abang SS... orang tua2 kata kalau berdebar2 tu ada jodoh.. tapi,.. semua tu kan kuasa Allah... lihatlah hasilnya...

Masa form 5 pulak... aku suke dengan budak sekelas aku.. nama dia F.. dia ketua kelas.. merangkap.. ketua pasukan bola tampar sekolah... aku duduk belakang F masa dalam kelas.. bila dia tak g kemana2 tournament... ada dalam kelas.. memang menyakitkan hati.. sebab dia suka usik aku dengan kawan aku... dengan F pun aku tak tau macam mana leh jatuh hati.. padahal kami salu jer berborak... bergaduh... tapi, yang aku perasan.. bila F balik dari sebarang kejohanan.. sibuk ler dia bercerita pasal budak2 perempuan yang dia jumpa... macam2 nama keluar.. sampai aku naik menyampah n meluat... rasa cemburu sangat masa tu... DAN yang paling menyedihkan .. kerana F... aku bergaduh dengan kawan aku.. ayu tu.. sampai sekarang.. aku takkan membelakangkan seorang kawan perempuan.. kerana lelaki.. bodoh tul masa tu.. aku citer pd ayu pasal perasaan aku pada F... dan tak disangka2.. ayu bagitau F .. tapi, tak kemana pun... sebab F suka pada sorang budak perempuan yang dia kenal ms hari .. ah! lupa pulak.. tapi, ada la hari "something" kat sekolah tu... aku ternampak F berborak dengan budak perempuan tu kat koridor kelas... "hari something" tu memboleh kan orang2 luar datang kesekolah .. untuk tengok pameran.. beli barangan... macam tu lah.. so, budak yang tak habis sekolah tu datang.. n F mengorat dia.. lebih menyayat hati.. masa tu .. masa aku ternampak F tu.. lagu UKAYS... disana menunggu disini menanti ke or yang satu lagi tu.. dok berkumandang.. bila dengar lagu tu sekarang.. aku gelak jer.. kelakar.. aku yang tengah nak bland tembikai kat bilik guru.. bila ternampak jer F.. terus aku lari tinggalkan mesin blander tu... balik n menangis sepuas hati... masa tu F tak tau lagi aku suka dia... dia tau masa kami buat rombongan ke Genting Highlands... F bawak budak perempuan tu... cisss.... aku yang waktu bersahabat dengan ayu, pie dan idan... + F... sebenarnya.. tinggalkan dia.. sebab dia dah ada budak perempuan tu... dan seingat aku, ayu dah cakap pada F.. wakut kami di situ kalau tak silap aku... so, funny...

to ayu, idan n pie.. kalau baca nih.. jangan la gelakkan saya ek... kenangan lama jer tu...

3 comments:

dalia said...

buat ler summary cite ni..mls nak baca panjang berjela2...

Ninie said...

hhuhuhu... tq's sebab sudi tengok.. tapi, tak leh summary la... nak kene baca gak.. coz lepain nih... lagi banyak n lagi panjang..

RizQin said...

kenangan kat 6 cekap ko tak nak cerita?